Apa Itu ‘Coding Customer’

Alhamdulillah banyak respon untuk kami menjelaskan dengan detail apa yang dimaksudkan dengan ‘Coding Customer’. Barulah rasa lebih bersemangat nak berkongsi lagi.^^

Ilmu ini kami kongsikan dari apa yang kami dapat di kelas e-usahawan pada Ahad, 14 Ogos 2016 yang lepas. Continue reading “Apa Itu ‘Coding Customer’”

Advertisements

Pendapat | Faktor-faktor Penggulingan Kuasa di Turki Mudah Dipatahkan Berbanding di Mesir

egypt-turkey

Ada yg kata cubaan rampasan kuasa di Turki wayang, saya lebih berminat berbaik sangka, mmg kemungkinan ianya betul-betul berlaku.

Persoalannya sbb apa begitu mudah dipatahkan cubaan penggulingan kuasa di Turki, tidak seperti pemerintahan Mursi dan ikhwanul muslimin di Mesir? Pandangan saya begini:

1. Edrogan dan partinya telah memerintah Turki selama lbh kurang 13tahun. Mursi dan partinya baru setahun memerintah Mesir. Banyak sepak terajang politik blm difahami oleh Ikhwan di Mesir.

2. Ketika Mursi digulingkan rakyat berada dlm keadaan tertekan. Keperluan-keperluan asas di Mesir masih dimonopoli oleh pro-Mubarak. Elektrik kerap putus, gas dan petrol susah untuk didapati dan dibeli. Saya pernah menunggu lbh krg sejam untuk mengisi minyak motor.

3. Boikot besar-besaran yg dilancarkan oleh pro-Mubarak menyebabkan rakyat tertekan dan menyalahkan Mursi lantas menuntut supaya beliau digulingkan.

4. Situasi di Turki berbeza, tentera yg mahu menggulingkan Edrogan tidak mempunyai sekutu yg kuat untuk memboikot ekonomi Turki.

5. Oleh sbb itu,tidak ada perhimpunan yg menyokong tindakan tentera di Turki, berbeza dgn Mesir terdapat jutaan rakyat yg berkumpul menyokong tindakan tentera.

6. Di Mesir. Menteri pertahanan merangkap ketua tentera Mesir ketika itu berkomplot dengan Ketua Polis untuk menjatuhkan pimpinan Mursi. Berbeza dengan situasi Turki, hanya beberapa jeneral tentera berpihak pada pemberontak. Ketua tentera dan polis keseluruhanya memihak kpd Edrogan.

Kemungkinan faktor-faktor diatas merupakan punca penggulingan kuasa di Turki mudah dipatahkan tidak di Mesir. Ijtihad ulama juga berbeza pada kedua dua keadaan. Wallahualam

Mohd saifulbahry
12.21am 17/7/2016
Bandar sri permaisuri cheras.

* Pendapat ini dipetik dari status beliau di FB nya SB Saiful Bahry

19 Langkah Mudah Menghasilkan Email List Di Gmail

Selain Facebook, Instagram, Youtube dan Website, Email adalah antara aset penting dalam memasarkan produk anda atau bahasa mudahnya marketing. Tambahan pula ianya boleh dibuat secara PERCUMA sahaja. Jadi, begitu rugi jika kita tidak memanfaatkannya.

Makanya untuk kali ini kami ingin berkongsi pada anda 20 langkah mudah menghasilkan email list di gmail. Apa yang pentingnya email list ini? Ia akan memudahkan untuk anda menghantar mesej kepada ramai rakan anda secara serentak. Tidak perlu lagi untuk sent pada setiap seorang satu per satu.

Ikuti sahaja gambar ini beserta caption dan anak panah yang ditunjukkan. Semoga bermanfaat.

0
1. Layari ke laman web gmail.com
1
2. Masukkan email anda
2
3. Masukkan password email anda
4
4. Tekan di Gmail seperti ditunjukkan anak panah
5
5. Pilih ‘Contacts’
6
6. Tekan ‘Groups’
7
7. Pilih ‘New Group’
8
8. Taip nama group yang diidamkan ;P dan tekan ‘creat group’
9
9. Group sudah ada
10
10. Tekan simbol yang ada orang dan tambah kecil
11
11. Masukkan email ahli group yang anda inginkan
12
12. Tekan ‘Create’
14
13. Save
15
14. Email yang dimasukkan tadi sudah dimasukkan dalam group
16
15. Kembali ke mesej Gmail
17
16. Tekan ‘Compose’ untuk hantar mesej
18
17. Taip nama group yang dibuat tadi dan akan keluar link dibawahnya
19
18. Pilih link yang keluar itu
20
19. Semua email ahli group itu akan keluar disitu, taip mesej dan tekan send seperti biasa. Mesej akan dihantar terus kepada semua ahli group.

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Untuk membaca perkongsian-perkongsian kami yang lain cuba tekan di button blog. Jemput share supaya lebih memberi manfaat kepada lebih ramai rakan-rakan anda. Terima kasih.

#AzriFatinCorporation
#PembekalStokinSilvyStokinSandyTudungMesirHandsockDonna

Ahlan Ya Ramadhan

Pejam celik, pejam celik, masa terus bergerak pantas. Malaikat dibahu kanan dan kiri kta tidak pernah sesekali leka dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Segala amal kebaikan mahupun keburukan yang kita lakukan, besar mahupun kecil akan tercatit dan terkumpul.

tick-boxes

Jika beratnya dengan kebaikan. Beruntunglah. Namun, hakikatnya kebanyakan kita seringkali dalam kelalaian.

Kita sering terlupa.Tika sedih kita sedih dan tertekan, kita melepaskan dengan melakukan dosa. Tika gembira pula kita lupakan pula pemberianNya.

Ketika hati ini sudah gelap gelita ditutupi segala jenis dosa, namun Allah masih sangat sayangkan hambaNya.

Peluang Keemasan

Peluang demi peluang diberikan Allah bagi memastikan kita kembali membaiki segala kerosakan yang telah kita lakukan.

Salah satunya adalah dikurniakan bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan segala nikmat, digandakan ganjaran kebaikan dan juga bulan penghapus dosa.

28jadwal-imsak-ramadhan-1436-2015-ahlan-marhaban-ya-ramadhan-banner-ramadan

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Adakah Kita Mampu Memanfaatkannya?

Mampu atau tidak, segalanya bergantung kepada kita!

اللهم بارك لنا فى شعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah, berkahilah kami di bulan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”

#AzriFatinCorporation
#PembekalStokinSilvyStokinSandyTudungMesirHandsockDonna

Bagi Yang Masih Baru Berjinak-jinak Dalam Perniagaan Seperti Kami

Lama sangat menyepi di fasa-fasa examni. Sekali sekala share mana yang mampu sementara ada gap sikit.hihi

Seperti biasa kami akan share berdasarkan dari pengalaman kami sendiri, apa yang kami lalui setakat hampir 4 tahun cuba bisnes sambil belajar.

Sebenarnya untuk bisnesni, banyak yang kita boleh buat dan dapat tanpa mengeluarkan sebarang modal.

MAIN-apps

– FB, instagram, wechat, whatsapp, telegram, youtube, blog, email dan banyak lagi. Semua ini percuma. Cuba kita guna satu-satu.

– Nak edit gambar, nak buat video, sekarang ini terlalu banyak apps yang boleh kita download dan guna secara percuma.

– Ada perkara yang x tahu, cuba tanya dulu, Mr. Google dan Mr. Youtube. Just taip je apa yang kita nak. (Better dalam english, lebih banyak perkongsian.)

– Like/follow juga FB mahaguru-mahaguru bisnes, Azizan Osman, Puan Ainon Mohd Irfan Khairi dan ramai lagi. Biasanya mereka x lokek untuk share tips-tips, video dan kadang-kadang ebook percuma.

c
Kami siap buat list khas mahaguru yang kami follow supaya x terlepas segala perkongsian mereka

Cepat-cepat grab bila diorang share sesuatu. Ha, jangan masa nak rebut hadiah je kita kejar. Hadiah sekali pakaije, tapi ilmu yang dikongsi boleh apply selamanya. Sentap x? ^^

Bagaimana Pula Yang Berbayar?

Kadang-kadang yang berbayar ini, x menepati dan x menyelesaikan apa yang kita nak pun. Kami pernah cuba join satu seminar, kerana harga agak murah.

Masatu siap ada yang bawa laptop, namun, apa yang disampaikan hanyalah cerita pengalaman mereka, kalau nak belajar lebih kena join kursus diorang yang lain pula dengan pastinya harga yang lebih mahal.

=====

Tanpa menafikan yang berbayar banyak juga manfaaatnya. Membantu mempercepatkan proses belajar, berbanding belajar sendiri satu persatu.

Namun, andai awal-awal, tika x bermodal, terus join itu dan ini yang berbayar, takut x kemana.

Kita sendiri perlu ‘cuba try n test’ dulu manfaatkan yang percuma.

Contoh

Ini contoh video yang kami hasilkan sendiri menggunakan apps percuma:

*Masih ada watermark divideotu sebab percuma kan. Tapi yang penting mesej nak disampaikantu ada. Betul kan =)

Tiada Alasan Untuk Berjaya

Makanya tiada alasan untuk tidak berjaya.

Surah AlMursalat. Ayat 044.

Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

Jemput like/komen/share jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan rakan-rakan anda. Terima kasih.

P/s: Tempahan baru stokin, tudung dan handsock Mesir, belum dibuka. InsyaAllah jika dipermudahkan Julai nanti.

‪#‎AzriFatinCorporation‬
‪#‎PembekalStokinSilvyStokinSandyTudungMesirHandsockDonna‬
‪#‎TipsBisnes‬

Perkongsian Cara Membuat Air Soya DIY (Pasti Sedap Hingga Menjilat Bibir)

InsyaAllah kali ini kami akan kongsikan sedikit cara membuat air soya dirumah sahaja. Pengalaman kami bisnes air soya sebelum ini hampir selama 2 tahun. Bermula dari hanya menggunakan tangan sehinggalah menggunakan mesin.

Namun akibat kekurangan tenaga kerja, kami terpaksa berhenti untuk fokus 1 kerja sahaja iaitu menjadi pembekal stokin, tudung dan handsock Mesir dan juga untuk study kami.

e
Antara iklan kami semasa menjual air soya

Bermacam-macam kisah dugaan, dan ilmu baru yang kami dapat dari pengalaman yang dilalui tersebut.

Ilmu ini sangat berguna bagi peminat-peminat tegar air soya. Yang xminat pun mungkin akan minat lepas cuba air soya ni. Apatah lagi, bagi wanita-wanita mengandung yang selalu mengidamkan air soya. Disamping, nak jimat beli air soya ‘cair’ diluar sana.hihi

Mana tau, boleh guna juga untuk jana pendapatan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan nanti kan.

Alhamdulillah anda beruntung kerana kami akan kongsikan secara PERCUMA sahaja.

f
Komen-komen customer kami

Bahan Yang Perlu Dibeli

Kacang soya dan penapis kain sahaja. Bahan lain guna sahaja yang sudah ada dirumah.=)

Cara-Caranya, Langkah Demi Langkah

1. Kacang soya 
= Kalau sukatan kami guna genggam tangan sahaja. 4 genggam untuk membuat 1.5L air soya.

2. Rendam dalam air biasa(air paipje pun ok), paling kurang 4jam, paling lama 6jam.
= Kalau kurang dari 4jam, kacang masih belum betul-betul kembang dan keras. Susah nak blend dan blender akan mudah rosak
= Kalau lama sangat nanti air jadi berbuih dan basi. (Tanda-tanda basi: air nampak pekat dan rasa masam)

3. Basuh dan bilas
= Kalau rajin, buang kulit-kulit dia. Kalau xpun xpeje.

4. Masukkan kacang-kacang yang sudah dibilas tersebut dalam blender, dan masukkan 1.5L air.
= Blend sehingga semua kacang hancur.

5. Tapis dan perah
= Penapis better pakai penapis kain. Penapis jaring besi tu xcukup untuk betul-betul hilangkan rasa hampas. Nak pakai baju atau stokin pun bolehje.
= Perah terus ke dalam periuk untuk dimasak nanti.

6. Hampas diguna skali lagi
= Ambil hampas yang dalam penapis tadi dan masukkan kedalam blender semula.
= Kurangkan kuantiti air dalam 1.0L air sahaja.
= Tapis dan perah sekali lagi dalam periuk tadi.

1404551_375050462627927_243522304_o
Abati sedang kacau soya yang dudah mendidih

7. Masak
= Sebelum masak, air dalam periuk tadi dikacau dulu biar sebati.
= Kemudian masak sehingga mendidih. Untuk kuantiti diatas mungkin dalam 5-10 minit.
= CAUTION! Kena perhati betul-betul kerana untuk tahu air soya dah mendidih, buih akan naik. Takut melimpah.
= Masa buih naik, slowkan api, dan masukkan secubit garam bagi menaikkan rasa lemak soya.
= Kacau dalam 2-3 minit sebelum tutup api.

8. Masak air gula
= Sambil-sambil tunggu air soya yang dimasak mendidih, masak air gula.
= Cara masak air gula, masukkan air dulu baru gula. Kalau masukkan gula dulu jadi gula hangus. Kami pernah cuba guna gula hangus, tapi rasa kurang sedap berbanding air gula biasa.

9. Campurkan air gula dan air soya
= Campur air gula sikit-sikit sesedap rasa. Kuantiti gula, bergantung pada masing-masing sebab ada yang suka tawar, ada yang suka biasa, ada yang suka manis.

10. Tapis sekali lagi
= Bagi menghilangkan rasa hampas.

Air soya DIY siap untuk diminum.

1410706_376722122460761_1379803670_o
Umi ketika seda membungkus air soya mengikut tempahan

Sekian perkongsian dari kami untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Sila sharekan juga untuk lebih beri manfaat kepada ramai.

Sekiranya ingin copy paste, artikel ini perlu dikreditkan kepada pihak kami. Terima kasih atas kerjasama anda.

P/S: Jangan ada yang pm nak tempah air soya pula ye. Ni bisnes sebelum ini je. =)

#AzriFatinCorporation

#ExPenjualAirSoya

Apakah Nilai Kedudukan PerintahNya Di Hati Kita

Jika kita perhatikan hari demi hari, ujian demi ujian Allah berikan kepada umatNya hari ini adakah menandakan Allah sudah tidak mengasihi hamba-hambaNya yang sememangnya sudah lemah ini.

Pastinya tidak, sebaliknya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah yang mencipta kita dan Allah lah yang paling mengetahui batasan ‘setiap’ dari hamba-hambaNya yang pastinya penuh dengan perbezaan.

materi-kajian-remaja-ahsanu-amala-2

Ujian-ujian yang didatangkan kepada kita antaraNya untuk memastikan kita menjadi antara umatNya yang terbaik.

Dikala teknologi yang makin berkembang, hati-hati manusia yang mengejar kebendaan dan dunia, jika tanpa ujian dariNya pasti tiada kesedaran untuk kembali dan jatuh tersungkur didalam maksiat dan dosa yang penuh dengan kehinaan.

Ketika Diuji 

Apabila diuji, antara yang perlu dinilai kembali diri kita sejauhmanakah kita ‘menyegerakan’ dan ‘bersungguhnya’ dalam melaksanakan segala perintah Allah.

Apabila Allah perintahkan kita untuk menutup aurat. Adakah kita benar-benar menutup aurat atau hanya sambil lewa.

Cuba kita bandingkan hadiah yang ingin kita berikan dengan rakan biasa kita, berbanding hadiah untuk orang yang sangat kita sayangi, pastinya hadiahnya berbeza. Hadiah untuk orang tersayang kita pastinya lebih bernilai dan lebih cantik.

Jadi, dengan sambil lewa itu,  kita boleh nilai sendiri kedudukan Allah dihati kita.

Kisah Para Sahabat

Pernah dengar kisah apabila perintah menutup aurat diturunkan x?

Para wanita terus mengambil apa sahaja kain termasuk kain langsir rumah untuk menutupi aurat mereka. Telah diceritakan dalam sebuah kisah, seorang kanak-kanak telah bertemu dengan seorang wanita yang berjalan-jalan di kota sewaktu ayat tersebut diturunkan. Kanak-kanak itu telah berkata, “tidakkah kamu tahu kamu bahawa, perintah menutup aurat telah diturunkan. Lantas, wanita itu terus berasa malu, dan menyembunyikan diri di sebalik dinding bangunan seraya berkata, “Aku tidak akan bergerak walau sedikit pun dari tempat ini, sehingga aku diberikan kain untuk menutupi tubuh badanku.” petikan dipetik dari blog Ibnu Muslim.

MasyaAllah, begitu hebat para Sahabat dalam menyegerakan dan melaksanakan perintah Allah.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak pengajaran buat kita semua. Jom baca komik BoboiBoy ini pula. =)

komik boboiboy

*Segala perkongsian dan gambar dibenarkan untuk share. Jika ingin copy, diminta untuk kreditkan kepada pihak kami. Terima kasih.