Apa Itu ‘Coding Customer’

Alhamdulillah banyak respon untuk kami menjelaskan dengan detail apa yang dimaksudkan dengan ‘Coding Customer’. Barulah rasa lebih bersemangat nak berkongsi lagi.^^

Ilmu ini kami kongsikan dari apa yang kami dapat di kelas e-usahawan pada Ahad, 14 Ogos 2016 yang lepas.

Dapatkan Nama Customer

Sebelum pergi terus kepada ‘Coding Customer’. Salah satu perkara penting dalam bisnes apapun yang dilakukan adalah mengenali nama customer. Alah, perlu ke nama customer ni? Perlu, bukan sekadar untuk save nombor mereka malah mereka akan rasa lebih dihargai.

chinese-choosing-english-name

Tuan Shamel, tenaga pengajar kami ketika itu mengatakan bahawa kita membeli bukan secara rasional tetapi secara emotional. Ya, kita membeli secara emosi. Lepas dah beli baru fikir semula secara rasional. Betul kan?

Salah satu contohnya kita membeli dengan siapa yang kita suka. Yang serba sedikit menaikkan emosi kita adalah apabila penjual tersebut berbahasa menggunakan nama kita. Begitu jugalah customer kita.

Jadi, Apa Kaitannya Dengan Coding Customer

Selepas dah kenali nama dan save nama mereka. Cukup ke sekadar save nama mereka sahaja. Bagaimana nanti kita nak tau siapa yang mesej tanya sahaja, siapa yang dah beli, siapa yang repeat order. Boleh ke kita ingat? Kalau dalam 10 orang customer, mungkin boleh ingat lagi, dah kalau ratus atau ribu yang mesej? Jadi, disinilah gunanya Coding Customer.

Fungsinya adalah mengkategorikan customer kita. Biasa x kita save nombor kawan-kawan kita dengan nama, “Azri SK Matang”, “Fatin UPSI”. Selain nama, kita tambah nama sekolah atau nama tempat belajar mereka supaya kita dapat kenali dan membezakan mereka. Bukan seorang nama Azri dan Fatin kan.hehe

Same name funny kids

Begitu juga dalam bisnes, savekan nama mereka mengikut kategori mereka. Yang baru, yang lama, yang beli stokin, yang beli handsock. Nanti baru mudah nak cari dan senang tau dia itu siapa dan xtersilap dengan orang lain.

Macamana nak save nama tu. Contoh customer kita nama Azri, beli produk Stokin. Dia  beli repeat order dan tarikh mula mesej kita 16 Ogos 2016. Adakah kita nak save nama dia, “Azri Beli Stokin Beli Repeat Order Pada 16 Ogos 2016”. Mak aih, panjang bebenor. Hanset canggih mana pun belum tentu boleh savenya nama panjang berjela macamani.

Cara Coding Name

Namapun “coding”, makanya adanya penggunaan kod disitu. Xperlulah kalau beli stokin save semua beli stokin, kodkan saja jadi S. Kalau baru, kodkan saja B. Dibawah ini contoh yang boleh dibuat.

coding customer
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Ha, faham dah kan. Moga terjawab persoalan tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘Coding Customer’. Jemput share ya supaya lebih ramai dapat manfaat dan kamipun akan jadi lebih semangat nak share ilmu lain. Banyak lagini.hehe (Bukan riak ya, dapatpun dari join kelas-kelas juga.=))

#AzriFatinCorporation
#PembekalStokinSilvyStokinSandyTudungMesirHandsockDonna

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s