Pendapat | Faktor-faktor Penggulingan Kuasa di Turki Mudah Dipatahkan Berbanding di Mesir

egypt-turkey

Ada yg kata cubaan rampasan kuasa di Turki wayang, saya lebih berminat berbaik sangka, mmg kemungkinan ianya betul-betul berlaku.

Persoalannya sbb apa begitu mudah dipatahkan cubaan penggulingan kuasa di Turki, tidak seperti pemerintahan Mursi dan ikhwanul muslimin di Mesir? Pandangan saya begini:

1. Edrogan dan partinya telah memerintah Turki selama lbh kurang 13tahun. Mursi dan partinya baru setahun memerintah Mesir. Banyak sepak terajang politik blm difahami oleh Ikhwan di Mesir.

2. Ketika Mursi digulingkan rakyat berada dlm keadaan tertekan. Keperluan-keperluan asas di Mesir masih dimonopoli oleh pro-Mubarak. Elektrik kerap putus, gas dan petrol susah untuk didapati dan dibeli. Saya pernah menunggu lbh krg sejam untuk mengisi minyak motor.

3. Boikot besar-besaran yg dilancarkan oleh pro-Mubarak menyebabkan rakyat tertekan dan menyalahkan Mursi lantas menuntut supaya beliau digulingkan.

4. Situasi di Turki berbeza, tentera yg mahu menggulingkan Edrogan tidak mempunyai sekutu yg kuat untuk memboikot ekonomi Turki.

5. Oleh sbb itu,tidak ada perhimpunan yg menyokong tindakan tentera di Turki, berbeza dgn Mesir terdapat jutaan rakyat yg berkumpul menyokong tindakan tentera.

6. Di Mesir. Menteri pertahanan merangkap ketua tentera Mesir ketika itu berkomplot dengan Ketua Polis untuk menjatuhkan pimpinan Mursi. Berbeza dengan situasi Turki, hanya beberapa jeneral tentera berpihak pada pemberontak. Ketua tentera dan polis keseluruhanya memihak kpd Edrogan.

Kemungkinan faktor-faktor diatas merupakan punca penggulingan kuasa di Turki mudah dipatahkan tidak di Mesir. Ijtihad ulama juga berbeza pada kedua dua keadaan. Wallahualam

Mohd saifulbahry
12.21am 17/7/2016
Bandar sri permaisuri cheras.

* Pendapat ini dipetik dari status beliau di FB nya SB Saiful Bahry

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s