Perkongsian Cara Membuat Air Soya DIY (Pasti Sedap Hingga Menjilat Bibir)

InsyaAllah kali ini kami akan kongsikan sedikit cara membuat air soya dirumah sahaja. Pengalaman kami bisnes air soya sebelum ini hampir selama 2 tahun. Bermula dari hanya menggunakan tangan sehinggalah menggunakan mesin.

Namun akibat kekurangan tenaga kerja, kami terpaksa berhenti untuk fokus 1 kerja sahaja iaitu menjadi pembekal stokin, tudung dan handsock Mesir dan juga untuk study kami.

e
Antara iklan kami semasa menjual air soya

Bermacam-macam kisah dugaan, dan ilmu baru yang kami dapat dari pengalaman yang dilalui tersebut.

Ilmu ini sangat berguna bagi peminat-peminat tegar air soya. Yang xminat pun mungkin akan minat lepas cuba air soya ni. Apatah lagi, bagi wanita-wanita mengandung yang selalu mengidamkan air soya. Disamping, nak jimat beli air soya ‘cair’ diluar sana.hihi

Mana tau, boleh guna juga untuk jana pendapatan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan nanti kan.

Alhamdulillah anda beruntung kerana kami akan kongsikan secara PERCUMA sahaja.

f
Komen-komen customer kami

Bahan Yang Perlu Dibeli

Kacang soya dan penapis kain sahaja. Bahan lain guna sahaja yang sudah ada dirumah.=)

Cara-Caranya, Langkah Demi Langkah

1. Kacang soya 
= Kalau sukatan kami guna genggam tangan sahaja. 4 genggam untuk membuat 1.5L air soya.

2. Rendam dalam air biasa(air paipje pun ok), paling kurang 4jam, paling lama 6jam.
= Kalau kurang dari 4jam, kacang masih belum betul-betul kembang dan keras. Susah nak blend dan blender akan mudah rosak
= Kalau lama sangat nanti air jadi berbuih dan basi. (Tanda-tanda basi: air nampak pekat dan rasa masam)

3. Basuh dan bilas
= Kalau rajin, buang kulit-kulit dia. Kalau xpun xpeje.

4. Masukkan kacang-kacang yang sudah dibilas tersebut dalam blender, dan masukkan 1.5L air.
= Blend sehingga semua kacang hancur.

5. Tapis dan perah
= Penapis better pakai penapis kain. Penapis jaring besi tu xcukup untuk betul-betul hilangkan rasa hampas. Nak pakai baju atau stokin pun bolehje.
= Perah terus ke dalam periuk untuk dimasak nanti.

6. Hampas diguna skali lagi
= Ambil hampas yang dalam penapis tadi dan masukkan kedalam blender semula.
= Kurangkan kuantiti air dalam 1.0L air sahaja.
= Tapis dan perah sekali lagi dalam periuk tadi.

1404551_375050462627927_243522304_o
Abati sedang kacau soya yang dudah mendidih

7. Masak
= Sebelum masak, air dalam periuk tadi dikacau dulu biar sebati.
= Kemudian masak sehingga mendidih. Untuk kuantiti diatas mungkin dalam 5-10 minit.
= CAUTION! Kena perhati betul-betul kerana untuk tahu air soya dah mendidih, buih akan naik. Takut melimpah.
= Masa buih naik, slowkan api, dan masukkan secubit garam bagi menaikkan rasa lemak soya.
= Kacau dalam 2-3 minit sebelum tutup api.

8. Masak air gula
= Sambil-sambil tunggu air soya yang dimasak mendidih, masak air gula.
= Cara masak air gula, masukkan air dulu baru gula. Kalau masukkan gula dulu jadi gula hangus. Kami pernah cuba guna gula hangus, tapi rasa kurang sedap berbanding air gula biasa.

9. Campurkan air gula dan air soya
= Campur air gula sikit-sikit sesedap rasa. Kuantiti gula, bergantung pada masing-masing sebab ada yang suka tawar, ada yang suka biasa, ada yang suka manis.

10. Tapis sekali lagi
= Bagi menghilangkan rasa hampas.

Air soya DIY siap untuk diminum.

1410706_376722122460761_1379803670_o
Umi ketika seda membungkus air soya mengikut tempahan

Sekian perkongsian dari kami untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Sila sharekan juga untuk lebih beri manfaat kepada ramai.

Sekiranya ingin copy paste, artikel ini perlu dikreditkan kepada pihak kami. Terima kasih atas kerjasama anda.

P/S: Jangan ada yang pm nak tempah air soya pula ye. Ni bisnes sebelum ini je. =)

#AzriFatinCorporation

#ExPenjualAirSoya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s