Diari Kisah Kami dan Tips Bisnes 1

Antara perkara penting yang perlu kita tanamkan dalam diri kita untuk bisnes mahupun kehidupan keseluruhan adalah:

“Jangan rasa apa yang kita mahukan atau rancang(planning) adalah yang terbaik, sebaliknya perlu merasakan bahawa segala ketetapan dan aturan yang Allah tetapkan itulah yang terbaik.”

188581_491444314219443_839143521_n

*****

Antara kisah kami yang ingin dikongsikan hari ini, semasa kami jalankan bisnes sampingan babysitter.

Semasa itu babysitter adalah sumber utama untuk support kewangan kami. Kerja sebagai babysitter memang perlu memberi hampir sepenuh masa dan tumpuan pada anak-anak ini.

Penat campur seronok dan kadang-kadang buat perangaitu geram jugak tapi biasalah kanak-kanak. Kami menganggap mereka seperti anak-anak kami sendiri.

10296466_1513404235539783_8795818138226174527_o
Gelagat Darwisha bersama Naseh

Semasa itu kami masih baru sahaja lepas bernikah dan ada sikit sahaja pengalaman menjaga anak saudara. Namun kami perlu juga untuk cari sumber pendapatan selain dari jual air soya.

Jadi kami ada letak planning dan target untuk sekurangnya menjaga 2-3 orang anak dalam sebulan. Namun, Allah rancang masa itu hanya seorang sahaja anak yang ibu bapa hantar kepada kami untuk kami jaga. Masatu agak kecewa. Kecewa kerana memikirkan kecukupan untuk sara kewangan kami.

1909397_559205674212404_2418703911584233933_o
Ketika proses membuat air soya

Beberapa hari selepas itu barulah ada yang menghantar seorang lagi anak mereka. Masatu baru terfikir syukurnya Allah xterus bagi jaga 2 anak sekaligus kerana kelam kabut juga dibuatnya. Masih xbiasa dan kurang pengalaman lagi.

Sekurangnya masa jaga seorang sahaja anaktu, kami boleh kenal perangai dan ragamnya jadi apabila anak kedua baru datang pula, kami boleh dah mampu urus anak pertama tadi dan cuba untuk kenali perangai dan ragam anak kedua pula. Wah. Berbelit juga ayat ni. Harap fahamla ye. he2

Kemudian xlama selepas itu Allah tambah lagi 3 orang pula anak yang lain. Ada yang hantar by hari dan ada yang hantar by bulan. Namun, seriously setiap yang Allah susun sangat-sangat terbaik. Allah ajar kami, sikit demi sikit dan ikut kemampuan kami.

1518849_1452995038247370_1577545305_o
Bersama 6 orang anak-anak. (Kakak, ada, fateh, yusof, solah, dan asfa)

Alhamdulillah ianya adalah pengalaman berharga buat kami dan kadang-kadang masih merindui mereka pastinya sudah semakin besar. Dalam laptop kami hampir 2-3giga gambar dan video mereka sahaja. Ada dua orang anak itu kami hampir menitiskan air mata kerana xsanggup berpisah dengan mereka.

Apapun sekarang ini kami sendiri telah mempunyai 2 orang anak. Semoga segala pengalaman-pengalaman ini membuatkan kami mampu mendidik anak kami dengan lebih baik.

Sekian perkongsian kali ini. Panjang pula ye. Terima kasih kalau sudi baca sampai habis.

Jemput share dan kongsikan pada sahabat-sahabat lain. =)

‪#‎AzriFatinCorporation‬
‪#‎YakinPadaKetetapanAllah‬

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s