Bagaimana Ingin Mulakan Perniagaan?

tips 1

Setelah mengetahui jalan penyelesaian kepada masalah-masalah anda (baca disini), pastinya anda ingin mengetahui bagaimana pula ingin memulakan langkah tersebut. =)

Alhamdulillah setakat ini kami telah menceburi bidang perniagaan atau bisnes lebih dari 3 tahun.

Pelbagai bisnes yang telah kami usahakan antaranya menjual air soya, tshirt credo crew, buku ‘usrah ini semua poyo’, perkhidmatan membuat rak, babysitter, travel agent, homestay  dan bermacam-macam lagi seperti yang tertera dibawah.

10933956_1607872362759636_7840761824103690278_n

Dengan pengalaman yang ada ini, kami kongsikan beberapa tips kepada anda bagi memulakan juga perniagaan.

1. Niat dan Tujuan

Sejauh mana betulnya niat dan tujuan kita dalam bisnes menentukan keberlangsungan perjalanan bisnes kita.

2. Kemampuan

Sebelum memilih bisnes apa yang ingin kita dijalankan, lihat kepada kemampuan kita. Sejauh mana modal yang kita ada, sebanyak mana masa yang kita mampu peruntukkan dan sekuat mana tenaga yang boleh kita berikan.

Mulakan dengan bisnes yang tidak perlukan modal atau hanya memerlukan modal yang sedikit dan cuba elakkan daripada terus membuat pinjaman. Test market dahulu produk anda.

Jika masih belajar atau berkeluarga, jangan sampai kerana bisnes, kita bakal mengorbankan masa dan tenaga untuk kita belajar dan bersama keluarga. Tidak berguna bisnes rancak namun pelajaran/keluarga terabai. Rancang seeloknya.

3. Hubungan Sosial

Jaga hubungan kita dengan orang lain terutama keluarga dan rakan terdekat kita. Kebiasaannya, merekalah pelanggan pertama kita bagi memberikan sokongan dan semangat kepada kita untuk terus berusaha.

My-faith-my-family1

4. Berani Memulakan Langkah

Bayangkan anda sedang memancing dan anda sudah cukup mempunyai segala kelengkapan yang diperlukan. Namun, adakah anda akan dapat ikan tanpa anda mula untuk memancing?

Begitu juga bisnes, terlalu penting untuk  mulakan langkah dahulu.

5. Sabar dan Tabah

Bagi permulaan bisnes adalah normal jika anda hanya mendapat untung yang kecil dan kadang-kadang tersilap langkah berlaku kerugian. Sabar dan tabah hadapinya, seterusnya ambil pengajaran dari kesilapan itu dan perbaikinya agar lebih baik.

Quotefancy-2285-3840x2160

6.  Kembangkan

Apabila simpanan modal anda semakin bertambah, peruntukkan modal anda untuk kembangkan bisnes anda.

Sepertimana anda memborong dari kami, setiap penambahan belian akan mendapat harga yang lebih murah, seterusnya akan memberikan anda lebih banyak keuntungan.

Selain itu anda perlu cuba untuk peruntukkan modal anda bagi meningkatkan marketing produk anda supaya semakin ramai mengetahui bisnes yang sedang anda jalankan. Antaranya, membuat hadiah-hadiah percuma dan FB ads.

7. Doa dan Amal Ibadat

Sekuat mana usaha yang kita lakukan, tanpa izin dari Allah maka tiada hasil yang akan kita dapat. Seiringkan usaha kita bersama doa dan amal ibadat.

Jangan sesekali bangga, jika anda tidak berdoa, tidak menjaga amal ibadat malahan melakukan dosa, namun tetap berjaya kerana dibimbangi anda akan termasuk golongan istidraj. (Terus diberi nikmat dunia namun bakal dibinasakan di akhirat)

————————- More ————————-

Setakat ini dahulu perkongsian dari kami kali ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan tenaga, membaca perkongsian dari kami ini hingga ke akhir ayat.

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sharekan juga kepada keluarga dan rakan-rakan anda agar kita semua dapat manfaat yang sama.

Teruskan update bersama kami bagi mendapatkan perkongsian-perkongsian yang lebih menarik dimasa akan datang. Wallahua’lam.

Mohamad Zul Azri Bin Mohamad Zaimi

Admin Azri Fatin Corporation

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s